Hari ini genaplah hari ke – 8 atuk pergi meninggalkan kami semua. Masih terbayang2, peristiwa pada hari Khamis yang lepas (2 Mac, 2006 bersamaan 2 Safar 1427M, jam 12.30 tengahari, atuk menghembuskan nafas terakhirnya dalam perjalanan ke hospital)
Cerita yang kak lina nak sampaikan buat tatapan, ingatan dan kenangan anak2, cucu dan cicit atuk Aisah binti Endut...hadiahkanlah al-fatihah dan bacaan al-quran buatnya, pohon keampunan dan doakan rohnya ditempatkan di kalangan roh2 orang beriman dan bertakwa..AMIN..
"Terputus si mati dari amalan dunia melainkan oleh 3 perkara; ilmu yang bermanfaat, doa anak-anak soleh dan solehah serta amal-jariah" wallahuwalam...
Tak pernah kami menyangka, sakit atuk kali ini, tanda akhir untuk dia kembali kepada Allah. Pagi sebelum kembalinya, atuk menahan kak lina dari pergi bekerja, (kalaulah kak lina tahu, awal2 lagi ambik cuti dan panggil anak cucu yang lain, menemani atuk, maafkanlah kak lina, kami semua tak perasan!!) Atuk ada mengerang sebelah malam sebelumnya, kak lina tak berapa nak hiraukan sangat, sebab atuk sakitnya memang begitu selalunya, lepas dah disapu minyak panas, senyaplah seketika..(tapi kali ni, kak lina terkilan sangat2 tak dapat belai atuk malam tuh, fikir esoknya kerja banyak, nak tido awal..) Tapi atuk sempat jamah rojak dan popia basah yang dibeli abang ayul & kak ros dari pasar malam. Makan malam atuk, (nasi, lauk sayur dan ikan singgang) seperti biasa, dicedok, tapi atuk macam biasa, akan suap sendiri makanannya, cuma penglihatan atuk makin kabur, sempat atuk bisik pada kak lina" Atuk memang dah tak nampak langsung"...kak lina cuma diamkan sahaja. Sebelum tidur, nisrina akan angkat bantal kecik atuk masuk bilik, tapi kali ni terantuk kat dinding, beria2 dia menangis.
Pukul 9. 00 pagi, kak lina dah sampai ke opis, Along telefon, risau tengok atuk yang nampak lain, tapi anak2 lain dah diberitahu berkenaan keadaan atuk. Sempat kak lina masak bubur, tu lah sarapan atuk yang sempat dijamah, tapi dimuntah semula.
Jam 10.00 pagi, Along telefon lagi, kali ni atuk sedang tidur. Kak lina rasa lega.
Jam 10.30 pagi, Along telefon semula, katanya baliklah lina. Risau tengok atuk. Atuk diam bila beritahu kak lina akan balik bawa atuk ke klinik. Hati Kak lina rasa tak sedap, sepanjang perjalanan balik rasa nak marah pemandu yang memecut macam siput.
Sampai di rumah, jam 11.00 pagi...Atuk Atuk buang air, jadi kak lina dan along rasa baik dibersihkan. Mulanya atuk tak mahu ke bilik air, kami papah atuk, dibersihkan seperti biasa...Cuma dalam masa seminit, atuk menahan kesakitan, terlampau lemah tubuhnya, putih bibir atuk.
bersambung....
Terasa sangat kehilangan atuk, terlampau RINDU tuhan saja yang tahu. Air mata mengiringi RINDU kak lina buat atuk, 29 tahun bersama. Nisrina, si cicit kecil pun sama tempiasnya, diusap2 dan ditepuk2 tilam atuk. Tercari-cari bila disebut moyang kepadanya.
Kenangan yang terlalu banyak untuk dicerita tapi tersemat abadi di ingatan. Terbayang-bayang atuk dengan telekung, duduk di atas kerusi di birai katil, menunggu masuk waktu isya' selepas selesai maghrib, pasti solat2 sebelumnya diqada'. Alhamdulillah, atuk cuba tak pernah tinggal solat walau dalam keuzuran. Tabahnya atuk!
Berkali-kali atuk pesan, pindahlah rumah, nak tinggal bersama seperti sebelumnya di rumah flat kami berteduh. Berusaha kami cari rumah setingkat, berkat atuk, cepat juga urusan pembelian. Tertunai hajat atuk walau hanya bertahan 5 bulan. Sempat juga atuk tengok kak lina bertunang, tahu cucunya ada pasangan yang baik, buat peneman hari-hari mendatang. Walau terlampau cepat atuk pergi, tak sempat untuk menabur budi dan bakti. Rasanya macam MIMPI, bukan mimpi ngeri mahupun manis..tapi Bagai Garuda menyambar, Lenyap sekelip mata. Ya, Allah! Redhakan hatiku atas pemergian atuk. Kerana Tuhan lebih menyayangi atuk dari kami. Kini hanya doa dan bacaan Al-Quran buat atuk. Tanda kasih sayang kami...AMPUNKAN DOSA atuk, semoga rohnya dicucuri RAHMAT..AMIN.